Wednesday, October 15, 2008

Pendidikan Prestasi Pendidikan Akademik

Prestasi akademik amat penting untuk menarik perhatian masyarakat kepada pendidikan di sekolah Islam. Malah ia juga adalah kayu ukur kejayaan sesebuah sekolah dan bermulanya pembentukan kepercayaan serta keyakinan masyarakat kepada sekolah terutamanya bagi institusi pendidikan agama. Namun dalam masa yang sama pencapaian murid perlu diselarikan dengan falsafah sekolah. Oleh itu, pihak sekolah telah memastikan

a.Sekolah mendapat pangiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi
Pendidikan yang lain
b.Proses P & P yang dijalankan seiring dengan perkembangan terkini dunia pendidikan
iaitu berpusatkan murid
c.Aktiviti P & P selaras dengan Falsafah Pendidikan Al Hidayah
d.Penyediaan PBM adalah sisitematik dan terkini
e.Khidmat bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah yang bermasalah dijalankan
f.Pelaksanaan program yang dapat memotivasikan murid dan mewujudkan biah yang
bersesuaian dengan identiti sekolah diadakan

No comments: