Wednesday, October 15, 2008

Pembangunan Sumber Tenaga Manusia

Kepentingan guru dan kakitangan untuk membentuk dan menghasilkan generasi Rabbani memerlukan pihak sekolah memilih dan menilai calon guru dengan sebaik-baiknya agar falsafah dan misi sekolah tercapai. Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir untuk memastikan guru dan kakitangan sekolah mencapai spesifikasi yang telah digariskan oleh pihak sekolah ialah
a.Penyediaan kriteria pengambilan guru yang jelas
b.Mengenal pasti keperluan latihan untuk guru dan kakitangan
c.Menyediakan modul-modul latihan yang releven
d.Menyediakan modul latihan asas
e.Memantau perkembangan guru dari masa ke semasa
f.Mendapat dan memastikan guru mengikuti kursus yang dianjurkan
g.Mengadakan bimbingan tarbiyyah untuk guru melalui usrah dan minggu
penghayatan Islam
h.Memastikan guru turut mewujudkan biah yang soleh untuk pendidikan generasi Rabbani
i.Memberi insentif yang berpatutan dengan perkembangan dunia hari ini
j.Sentiasa mengkaji, menyedia dan menyelia pelaksanaan etika kerja guru yang diberi

No comments: