Wednesday, October 15, 2008

Kem KPerak Kidz 2008




Seramai 25 orang aulad dan banat tahun 4 telah terpilih menyertai kem kali kedua ini. Program ini dijalankan selama 5hari bermula 13/10/2008 (isnin) sehingga 17/10/2008(jumaat)Bertempat di Kem Dato' Sagor, Kampung Gajah, Perak. Anjuran bersama KPerak INC Corporation dan Jabatan Agama Islam Perak Ridzuan ini dilihat sebagai satu langkah bijak bagi mendedahkan para pelajar dan guru sekolah agama rakyat.Program celik ICT ini amat penting dalam sistem pembelajaran kala ini kerana ia lebih mudah dan berkualiti. Antara isi kandungan program sepanjang 5 hari ini ialah pengenalan komputer, IBM Lotus Symphony (document, Spreadsheet), pengenalan internet dan email serta persembahan multimedia daripada para pelajar. Selain itu, aktiviti keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan motivasi juga diterapkan.

No comments: