![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJTLvyF_ahDHRj6W33OO6JGZj1IQK__hiB8iwYB6v0mheDgxHx2Dks4ALQB3iCRG1yJBs8yH4zHBJp8GypZlt8rib001EqIPsS4daOxUY9WeL8WdcbfjniPkWDEfaMLyldzJvigsbA_XY/s320/Picture4.jpg)
Wednesday, October 15, 2008
Kem KPerak Kidz 2008
Seramai 25 orang aulad dan banat tahun 4 telah terpilih menyertai kem kali kedua ini. Program ini dijalankan selama 5hari bermula 13/10/2008 (isnin) sehingga 17/10/2008(jumaat)Bertempat di Kem Dato' Sagor, Kampung Gajah, Perak. Anjuran bersama KPerak INC Corporation dan Jabatan Agama Islam Perak Ridzuan ini dilihat sebagai satu langkah bijak bagi mendedahkan para pelajar dan guru sekolah agama rakyat.Program celik ICT ini amat penting dalam sistem pembelajaran kala ini kerana ia lebih mudah dan berkualiti. Antara isi kandungan program sepanjang 5 hari ini ialah pengenalan komputer, IBM Lotus Symphony (document, Spreadsheet), pengenalan internet dan email serta persembahan multimedia daripada para pelajar. Selain itu, aktiviti keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan motivasi juga diterapkan.
Pengenalan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHOsYdk4co_1292slk5ztrmVL8j7mzoERSkBBybEXv6kjhLg6WV_s5c0EPTK11vEiRbPNC_2T3F2OJyjRHuReoYk1ty4t0eJI_dtMq3smQ53-W5Typ8tQvDdtV0M4T81zn_DLndAF-qI0/s320/Picture3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9Z__PTBJnWI4vrOsZ4D-YwvRRj3y52GRD8q2JIq3ZeSO_4kLYUg6XPVh_nh7Kww7sOcayV8Jb46phiNy9EbX166obNexTYR6kAiu__vWaQENKYX5IKatbk35DCVLwz7jmdq-gi_WACsg/s320/Picture2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhds3DkAAjKuyU2alhVpppsBJRhn6-Wuzbn-ig8EZtTu7gG9gwi7c66ISDdvo_UnXq50aCwf790ceIimcHmZsv_8FXUuIQeMiVN-nXQL4FStpz55PjBhIXPyTxcN-V1o-v8Vm8JhLucPRI/s320/Picture1.jpg)
Sekolah yang berkualiti berkait rapat dengan pembentukan iklim persekolahan yang positif dan kondusif. Manakala sekolah yang tidak dapat mewujudkan keadaan yang bersih dan ceria akan memberikan implikasi yang negatif. Oleh itu, keceriaan sekolah tanggungjawab bersama ini adalah usaha sama bagi menjadikan sekolah ini terus ceria dari semasa ke semasa.
Peranan Guru
Al Quran: al Ahzab: 72
Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.
Ciri Guru Amanah ‘Cemerlang’
1.Keperibadian yang tinggi (Himmah ‘Aliah)
-Mantap dari segi ilmu, amal, pemikiran, sikap, sahsiah, keterampilan, kuat fizikal, hebat, taat, ikhlas, profesional, berdisiplin, dan berwawasan.
2.Sebagai ‘murabbi’:
-Bersifat bapa, ibu, qudwah, pengasuh, pengasih, tegas, pendidik (tarbiyah), pembimbing, pengajar, pujuk, berani, mengatur, mengurus dan memimpin.
3.Amanah:
-Niat Lillahi Ta’ala, berlaku benar, tepati janji, tunaikan amanah, core business dan pelihara daripada maksiat
4.Bina Team Work
-Tujuan moral yang jelas, perancangan strategik, operational, pemantauan, end product dan penambahbaikan.
Kerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.
5.Program Kecemerlangan Akademik
-Gunakan TOV sebagai Result Based Driven
-Bimbing dan rujuk untuk peningkatan
-Analisis keputusan peperiksaan
-Pantau kemajuan pelajar
-Langkah penambahbaikan

Sejarah Fizikal Dan Sumber Manusia
Sekolah Rendah Al-Hidayah mula beroperasi di sebuah rumah sewa ( banglo setingkat )
di No: 2, Jalan Madrasah, Rapat Setia pada 3 Januari 1989.
Bermula dengan satu kelas yang dijalankan dengan bantuan tiga orang kakitangan dan 21 orang murid, SRAH bergerak hasil komitmen penuh pihak pentadbirnya dengan sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap masa depan dan kemampuan pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah.
Ini dinilai melalui permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari sehingga 3 tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 bilangan murid mencecah hampir 150 orang dan memaksa pihak lembaga menyewa 2 buah banglo lagi untuk menampung bilangan tersebut.
Pada tahun 1994, SRAH menghadapi ujian pertamanya apabila angkatan pertama SRAH menduduki peperiksaan UPSR yang sekaligus menguji taraf pendidikan akademik yang dijalankan di sini. Alhamdulillah, dari 14 orang calon, 3 orang daripadanya memperolehi pangkat 4A ( A dalam semua matapelajaran ).
Pada tahun 1996, pihak Lembaga Pendidikan Al-Hidayah telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan penubuhan Sekolah Menengah Al-Hidayah sebagai kesinambungan dari pendidikan SRAH di peringkat rendah. Berbekalkan kesungguhan dan tawakkal, Sekolah Menengah Al-HIdayah atau SMAH kian maju ke hadapan meskipun di mulai dengan bilangan pelajar seramai 9 orang dan 4 orang kakitangan bertugas.
Setelah hampir 10 tahun, SRAH menyewa rumah banglo, maka pada tahun 1998, SRAH berpindah ke bangunannya sendiri di Lot: 20849, Persiaran Sepakat 7, Taman Indah Jaya. Tanah ini adalah anugerah Kerajaan Negeri kepada Jabatan Agama Islam Perak untuk diuruskan oleh Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan Al-Hidayah. Di kawasan ini, SRAH dan SMAH ditempat dalam satu lokasi yang berkeluasan kira-kira 14 ekar yang kemudiannya dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Al-Hidayah.
Sehingga kini ( tahun 2004 ), pelajar SRAH berjumlah 790 orang ( dari Tahun 1 hingga Tahun 6 ) dan bilangan guru seramai 60 orang serta seorang kerani manakala SMAH mempunyai pelajar seramai 181 orang, 17 orang guru dan seorang kerani.
Selain itu, kewujudan Pusat Pendidikan Hidayah ( Perak ) Berhad atau PPH yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pengurusan sekolah disamping mencari dana untuk pembangunan sekolah telah membantu mengurangkan masalah kewangan sekolah. Malah kini sumber kewangan sekolah tidak lagi hanya bergantung kepada pembayaran yuran murid sahaja apabila PPH mengorak langkah mengusahakan kantin dan kedai sekolah.

Sejarah Penubuhan
Pada sekitar awal tahun 1988 beberapa individu yang terdiri dari pensyarah-pensyarah Universiti Sains Malaysia cawangan Perak, pensyarah-pensyarah Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan guru-guru Sekolah Kerajaan telah memulakan satu usaha untuk menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Bersepadu yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama. Selama ini pendidikan agama dan akademik agak terpisah dimana pendidikan akademik peringkat rendah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan sementara pendidikan agama dijalankan di Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru itu penubuhan Sekolah Rendah Bersepadu yang dihasratkan ini adalah dalam rangka untuk mengintegrasikan kedua-dua komponen tersebut dalam satu sistem pendidikan yang berkonsepkan Islam. Hasil perbincangan dan penelitian yang mendalam maka pada tahun 1989, pihak Lembaga Pendidikan Al-Hidayah dengan rasminya telah menubuhkan Sekolah Rendah Al-Hidayah.
Penubuhan Sekolah Rendah Al-Hidayah atau SRAH ini telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Perak pada 14 September 1989 bersamaan dengan 14 Safar 1410 melalui surat Bil(4) dlm JAPK/SUR/12/89.
Pada tahun 1997, enakmen baru pendidikan agama telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak yang meminta semua Sekolah Rendah Agama Rakyat mendaftar semula dengan Jabatan Agama Islam Perak. Rentetan daripada itu, SRAH telahpun membuat pendaftaran semula dan diluluskan dengan pendaftaran barunya JAIPk / SRAR / IP.15/97.
Lihat lampiran
Selain bernaung di bawah Jabatan Agama Islam, SRAH juga telah mengorak langkah untuk bergabung dengan Pertubuhan Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia atau MGBSIM dan juga MUSLEH. Ianya bertujuan untuk menyelaraskan perjalanan sekolah dan juga berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah gabungan. Pertubuhan ini berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 April 1996. Sehingga kini MGBSIM masih beroperasi untuk menjayakan sekolah-sekolah gabungan ini dengan keizinan Lembaga Pengurusan Sekolah masing-masing dari segi tarbiyah dan perjalanan sekolah. Manakala MUSLEH pula dianggotai oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah-sekolah gabungan dalam menguruskan segala urusan sekolah.
Selain itu, pendidikan di SRAH dijalankan mengikut dasar Akta Pendidikan Kebangsaan 1995 di bawah pentadbiran Lembaga Pengarah Pendidikan Al-Hidayah (LPPH) dengan menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pendidikan Islam pula dipadankan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak dan Musleh. Selain kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga ditekankan untuk memberi keseimbangan dan kesepaduan kepada pelajarnya dan sukatan gerakerja ko-kurikulum ini disepadukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Musleh
Meskipun kelengkapan pembelajarannya amat sederhana dan pengalaman guru yang masih baru tetapi ini tidak mengurangkan semangat mereka untuk memajukan SRAH pada ketika itu. Hari demi hari, SRAH bergerak hasil komitmen penuh pihak pentadbirannya dengan sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan yang ditawarkan oleh SRAH.

Kronologi
1987 - Perbincangan awal penubuhan sekolah
03.01.1989 - Mula beroperasi di rumah No.2 Jalan Madrasah, Rapat Setia
- 2 guru dan 19 orang murid
1989 - Pendaftaran sekolah diluluskan
- Bil(4) dlm JAPK/SUR/12/89
12.07.1990 - Memohon tanah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perak seluas 10.55 hektar
1991 - Rekabentuk lencana sekolah dipersetujui semua guru
27.01.1992 - Permohonan tanah diluluskan seluas 15 ekar di Rapat Setia
- Seksyen 7 42(1)(b) Kanun Tanah Negara (Akta56/1965)
1994 - 14 orang pelajar perintis menduduki UPSR SRAH yang pertama di Sek.
Keb. Sungai Rokam
- 3 orang mendapat 4A
1995 - 38 orang murid Tahun 5 menduduki peperiksaan UPKK
- Kelolaan Bah. Hal Ehwal Islam, Jab. Perdana Menteri.
- 19 orang murid SRAH menduduki peperiksaan UPSRI
- Kelolaan Majlis Guru Besar Sek. Ren. Islam Malaysia
12.07.1996 - Kelulusan melancarkan kutipan derma diterima
- Majlis Agama Islam Perak
1996 - Kesinambungan pendidikan rendah
- penubuhan sekolah menengah
1997 - Pembinaan bangunan tetap Komplek Pendidikan Al-Hidayah
04.12.1997 - Pendaftaran sekolah diluluskan
- JAIPk / SRAR / IP.15/97
1997 - Sekolah menengah berpindah ke bangunan tetap
1998 - Sekolah rendah berpindah ke bangunan baru
- Pembinaan bangunan baru untuk sekolah menengah
2000 - Hidayah Katering ditubuhkan
12.02.2001 - Pusat Pendidikan Al-Hidayah ( Perak ) Berhad didaftarkan
- Pembinaan bangunan 3 tingkat untuk sekolah menengah
2002 - Raudhatul Hidayah ditubuhkan
Julai 2003 - 10 orang guru SRAH dan SMAH diserapkan ke sekolah kebangsaan anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia

Maklumat Am
PENDAFTARAN
Sekolah Rendah Al-Hidayah telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan nombor pendaftarannya JAIPk / SRAR / IP.15/99.
ALAMAT PERHUBUNGAN
Sekolah Rendah Al-Hidayah
Lot 20849, Persiaran Sepakat 7
Taman Indah Jaya, 31350, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon : 05 - 312 60 95
Faksimili : 05 - 312 92 31
E-mail : srahipoh @ hotmail.com.my
SUMBER MANUSIA
2007
Staf akademik - 54 orang
Staf sokongan - 1 orang
Pelajar - 786 orang
BIAYA PENGURUSAN
1. Yuran pelajar - 80%
2. Aktiviti ekonomi - 20% ( Hidayah Katering & Raudhatul Hidayah )

Misi
Pendidikan Al-Hidayah bercita-cita dan berusaha melahirkan generasi Rabbani yang beramal, berketrampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat berteraskan tauhid
Falsafah Pendidikan Al-Hidayah
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Logo Sekolah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrWjJ-75_TKeQ6ujZjyxJeavtrX9rEt_HTykGQTaVlw6S34JCrUXdx9UDJqHb5keFskk-9fxVnl37A_0geEO8uRxMp_0WhdQHVmXe-camugWiGu39db56CBxRJMtLxC72GGOStd6E3i7U/s320/Lambang+SRAH+2.jpg)
Buku
Melambangkan ilmu yang sedia dipelajari berlandaskan Islam selaras dengan Falsafah Pendidikan yang menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai ikutan.
Warna putih menggambarkan kesucian dan kemurnian ilmu Islam yang akan dicernakan kepada benih-benih Islam.
Rangkaian Padi
Adalah merupakan natijah kesuburan ilmu Islam yang akan melahirkan insan-insan yang muttaqin juga benih-benil insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia yang mampu membentuk kehidupan diri dan juga umat seluruhnya.
Bulan Sabit
( warna kuning )
Melambangkan lslam itu sendiri yang cahayanya menjadi penyuluh dan petunjuk seluruh umat dan alam.
Bulatan
( warna hijau )
Menjadikan kehidupan umat Islam dipelusuk dunia dalam suasana aman, bahagia dan harmoni hasil dari insan rabbani dalam daulah Islamiyah.
Tulisan Khat
( Bahasa Arab )
Adalah menjadi matlamat SRAH untuk melahirkan insan-insan yang mampu menguasai bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran yang menjadi syiar umat Islam.
Tulisan khat bermakna SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH
Tulisan khat merupakan logo dan arah matlamat yang ingin dibawa oleh SRAH. Untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan bersifat ihsan yang mana ini adalah asas-asas ciri kehidupan muslim dalam kontek membentuk insan rabbani.
Tahun 1989
Merupakan tahun peringatan yang menjadi sejarah SRAH Ipoh di mana ia ditubuhkan pada tahun 1989.
Khat Rumi
( SRAH IPOH )
Merupakan pengenalan kepada nama sekolah yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dalam era mempraktikan Bahasa Malaysia baku.

Lagu Sekolah
Al-Hidayah tempat menimba ilmu
Membentuk peribadi yang sejati
Ilmu iman ihsan diganding sekali
Amal menjadi bukti
Berakhlak mulia itulah asasi
Membentuk kehidupan diri sendiri
Masyarakat dan Negara diislahi
Berpandukan hidayah Ilahi
Bagai cahaya terang yang menyinar
Menyuluh jalan kehidupan
Memberikan satu pengharapan
Umat yang dalam kelesuan
Maju teruslah Hidayah maju
Demi generasimu yang baru
Usaha tanpa kenal pada jemu
Bekerja berganding bahu
Ciptaan lagu dan lirik oleh Muallim Anuar b. Yusuf
Lagu dicipta pada tahun 1993 dan digunapakai sehingga ke hari ini

Pentadbiran Dan Pengurusan Profesional
Memudahkan urusan pentadbiran dan mengemaskini sistem pentadbiran lama agar lebih sistematik dan terkini. Antara tindakan yang diambil
a. melaksanakan struktur pentadbiran SRAH yang baru dan terkini agar mudah difahami
b. mendapat dan mencapai pengiktirafan ISO 9002
c. menyediakan sistem pengurusan kewangan berkomputer

Ekonomi
Mengurangkan pergantungan pentadbiran sekolah kepada yuran murid dan pemberian elaun dan sebagainya daripada kerajaan untuk memastikan Hidayah terus hidup dan berkembang serta berjaya membentuk generasi Rabbani yang diimpikan. Ini juga untuk memantapkan kedudukan Hidayah ketika menghadapi pelbagai isu yang timbul sama ada oleh masyarakat, kerajaan ataupun dunia. Antara usaha yang dilakukan ialah
a. Mengambilalih pengendalian kantin sekolah oleh pihak luar
- bermula 1999
b. Penubuhan Hidayah Katering pada tahun 2002 yang menyediakan perkhidmatan
i. penjualan roti susu di dalam dan luar sekolah
ii. perniagaan luar
iii. tender kerajaan
iv. jamuan
v. tempahan majlis rasmi di dalam dan luar sekolah
c. Penubuhan Raudhatul Hidayah pada tahun 2001dengan perkhidmatan
i. menyediakan peralatan sekolah
ii. penjualan buku-buku
iii. fotostat
iv. tempahan uniform sekolah
d. Tender Roti susu bermula tahun 2004

Pendidikan Prestasi Pendidikan Akademik
Prestasi akademik amat penting untuk menarik perhatian masyarakat kepada pendidikan di sekolah Islam. Malah ia juga adalah kayu ukur kejayaan sesebuah sekolah dan bermulanya pembentukan kepercayaan serta keyakinan masyarakat kepada sekolah terutamanya bagi institusi pendidikan agama. Namun dalam masa yang sama pencapaian murid perlu diselarikan dengan falsafah sekolah. Oleh itu, pihak sekolah telah memastikan
a.Sekolah mendapat pangiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi
Pendidikan yang lain
b.Proses P & P yang dijalankan seiring dengan perkembangan terkini dunia pendidikan
iaitu berpusatkan murid
c.Aktiviti P & P selaras dengan Falsafah Pendidikan Al Hidayah
d.Penyediaan PBM adalah sisitematik dan terkini
e.Khidmat bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah yang bermasalah dijalankan
f.Pelaksanaan program yang dapat memotivasikan murid dan mewujudkan biah yang
bersesuaian dengan identiti sekolah diadakan

Pembangunan Sumber Tenaga Manusia
Kepentingan guru dan kakitangan untuk membentuk dan menghasilkan generasi Rabbani memerlukan pihak sekolah memilih dan menilai calon guru dengan sebaik-baiknya agar falsafah dan misi sekolah tercapai. Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir untuk memastikan guru dan kakitangan sekolah mencapai spesifikasi yang telah digariskan oleh pihak sekolah ialah
a.Penyediaan kriteria pengambilan guru yang jelas
b.Mengenal pasti keperluan latihan untuk guru dan kakitangan
c.Menyediakan modul-modul latihan yang releven
d.Menyediakan modul latihan asas
e.Memantau perkembangan guru dari masa ke semasa
f.Mendapat dan memastikan guru mengikuti kursus yang dianjurkan
g.Mengadakan bimbingan tarbiyyah untuk guru melalui usrah dan minggu
penghayatan Islam
h.Memastikan guru turut mewujudkan biah yang soleh untuk pendidikan generasi Rabbani
i.Memberi insentif yang berpatutan dengan perkembangan dunia hari ini
j.Sentiasa mengkaji, menyedia dan menyelia pelaksanaan etika kerja guru yang diberi

Tuesday, October 14, 2008
Pembangunan Fizikal Dan Prasarana
Menyediakan kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik bimbingan dan kaunseling, dewan utama dan lain-lain diperlukan untuk melancarkan perjalanan P&P di sekolah. Antara tindakan yang diambil untuk melaksanakan perancangan ini ialah
a. Memohon pelepasan cukai pendapatan bagi penderma daripada Jabatan Hasil Dalam
Negeri (telah diluluskan)
b. Pembinaan satu blok bangunan untuk persekolahan satu sesi (Pembinaan telah dimulakan
dan kutipan derma masih giat dijalankan)

Sukan Dan Permainan
Objektif :
1.Merancang kegiatan sukan / permainan ( tahunan / mingguan )
2.Menguruskan pemilihan peserta untuk pertandingan
3.Menguruskan peralatan sukan / permainan
4.Menguruskan pembahagian rumah-rumah sukan untuk murid dan guru
5.Mengemaskini data peserta ( penyertaan / kedatangan )
6.Menguruskan penyertaan peringkat luar ( MSSPk / MGB dan lain-lain )

Tarbiah
Subscribe to:
Posts (Atom)